PATI KRISTAL GARAM MINERAL SOLE (INTRODUCTION)

GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit organik yang berasal dari kawasan gunung Himalaya. Ia adalah garam tulen yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna serta mengandungi semua unsur mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Lebih kurang 300 juta tahun dahulu, satu lautan primodial meliputi kawasan yang kemudiannya menjadi banjaran gunung Himalaya. Garam daripada lautan yang bersih dan tidak tercemar itu dikekalkan sebagai satu formasi besar kristal. Kini, sumber garam kristal ini menghasilkan garam yang paling tulen dan berkhasiat di dunia serta mengandungi semua 84 elemen yang ditemui dalam darah manusia. 

Garam mineral Himalaya boleh diminum sebagai air mineral (dilarutkan dalam air) , digunakan sebagai air mandian, dan digunakan dalam masakan. Apabila garam mineral larut dalam air, ia mencair semasa itu terbentuklah sole (so-lay).

SOLE disebut 'SOLAY' adalah sebatian pekat @ tepu air dan kristal garam mineral Himalaya.

Menurut Minnesota Wellness Publications, garam mineral Himalaya mengandungi "eons of stored sunlight energy @ tenaga cahaya matahari tersimpan" yang mana, bila digabungkan dengan air dan diminum, akan memberikan "asas mineral kompleks untuk kehidupan dijana, dijaga dan diteruskan" .

 

TIPS PENGGUNAAN :

  1. Campurkan 1 ml SOLE ke dalam satu gelas air dan minum pada waktu pagi sebelum menggosok gigi.
  2. Campurkan 5 ml lagi air minuman 1.5 L untuk diminum sepanjang hari.

 Sukatan SOLE :
          1 ml = 7 titis SOLE
          3 ml = 21 titis SOLE
          5 ml = 35 titis SOLE

Satu botol 1.5 L = 35 titik = 5 ml SOLE.

 

Back to blog